TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH DAN PEMAKANAN QURANI FOOD.
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

19 Ogos 2010

LAGI TENTANG KELEBIHAN BEKAM SUNNAH



AMALAN MELAKUKAN BEKAM SUNNAH SEBULAN SEKALI DAPAT MENURUNKAN KADAR TEKANAN DARAH TINGGI,KADAR KANDUNGAN GULA DAN TOKSID PADA DARAH MANUSIA.

18 Ogos 2010

KEADAAN DIMANA JIN BERUPAYA MEMASUKI JASAD MANUSIA

1) Dalam keadaan terlalu marah.

2) Dalam keadaan terlalu sedih.

3) Dalam keadaan terlalu kuat termenung.

4) Dalam keadaan terlalu takut.

5) Dalam keadaan terlalu berani.

6) Dalam keadaan terlalu lalai beribadat.

16 Ogos 2010

TANDA-TANDA TERKENA SANTAU

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Batuk ini berlainan daripada batuk biasa. Ia lebih merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak.

Santau yang kuat boleh menyebabkan mangsanya muntah darah sebaik-baik sahaja dia termakan santau atau beberapa jam selepas itu. Ini bergantung kepada bahan campuran yang disediakan. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ke satu tahap yang serius, mangsa santau tadi akan muntah mengeluarkan darah yang kadang-kadang bercampur nanah. Pesakit kadang-kadang berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan. Ketika ini pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut.

Menurut kebanyakan perawat yang berpengalaman merawat pesakit santau, bahan-bahan santau bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Bahan-bahan ini akan terus bergerak sedikit demi sedikit hingga ke hujung kaki dan tangan. Oleh sebab itu kuku seseorang yang terkena santau akan berwarna hitam kebiru-biruan. Ini menunjukkan penyakit yang dideritainya itu telah tiba ke tahap yang teruk. Bahan-bahan santau telah tiba ke hujung jari kaki dan tangan. Ketika itu pesakit selalu berasa kebas di hujung-hujung jari tangan dan kaki.

Menurut Para perawat sakit santau, bahan-bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang dan lain- lain lagi. Serangan pada bahagian ini boleh menyebabkan lelah, sakit pinggang dan yang sebagainya.

15 Ogos 2010

SANTAU DAN RACUN

Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak begitu pasti untuk membuat perbezaan. Ramai yang berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan untuk membuat santau dan racun itu adalah sama. Begitu juga kaedah rawatannya adalah sama.

Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dibuat panduan bagi menentukan seseorang itu terkena santau atau racun. Kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta merta seperti muntah darah. Tetapi mangsa santau mengambil masa yang panjang menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nanas. Ini kerana mangsa santau amat sensitif pada limau nipis dan nanas

13 Ogos 2010

Gangguan Jin dan Sihir

Al-Quran memperakui adanya jin-jin. Termasuk dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam. Gangguan jin-jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yg tidak dapat kita nafikan. Allah s.w.t menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus. Kerana itu, mereka berupaya menyakiti manusia dengan memasuki ke dalam badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan di dalam berbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya. Tetapi Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.

Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasullullah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila jin-jin ini memasuki ke dalam badan manusia, ia selalunya berada di dalam otak dan di tulang belakang berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu menghidap sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka terganggu, dan kadang-kala "anxiety level" mereka sangat tinggi. Bila fikiran mereka terganggu ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau "depression". Selain dari itu gangguan kepada urat saraf ini juga mengakibatkan rasa sakit kepada bahagian pinggang, otot-otot, tengkuk, bahu, sendi-sendi, rahim, perut dan kadang kala mengganggu sistem pernafasan seseorang itu.

Berapa banyak jin berada di dalam badan pesakit terpulang kepada komplikasi dan jenis-jenis sihir yang ditujukan kepada pesakit. Saya pernah berjumpa dengan pesakit yang mempunyai lebih dari 100 jin dalam badan pesakit. Lebih banyak jin di dalam badan pesakit, maka lebih banyak komplikasi atau rasa sakit yang dirasai oleh pesakit itu. Kebanyakkan pesakit yang sakit gangguan sihir mempunyai 5 hingga 20 jin dalam badan mereka. Makin lama jin itu berada di dalam badan pesakit, mereka boleh beranak pinak dan jumlah dan bilangan akan bertambah.

12 Ogos 2010

KAEDAH MEMUSNAHKAN TAPAK JIN SAKA PADA BADAN

1) Sila tuang 4 sudu cuka makan pada mangkuk dan campurkan 1 sudu garam halus dan gaul hingga garam tadi cair bersama cuka.

2) Bacakan fatehah 1x dan al mukminun 115-118 21x lalu tiup 10 saat pada larutan cuka dan garam tadi.

3) Sila sapu pada kawasan tengkuk 3x sehari dengan larutan cuka yang sudah dibacakan ruqyah tadi.

InsyaAllah sembuh..

10 Ogos 2010

DOA MEMULANGKAN SIHIR

Antara doa yang terkenal di dalam kitab2 berkenaan perubatan Islam secara ruqyah syariyyah adalah doa:



"ALLAHUMMA RUDDA (haza) AS SIHRA ILA AS SAHIR"


"YA ALLAH, PULANGKAN SIHIR INI KEPADA TUKANG SIHIRNYA"


Dengan maksud... Ya Allah berilah hidayah kepada ahli sihir ini sehingga dia menarik balik sihir ini daripadaku. NAMUN SEKIRANYA DIA MENOLAK HIDAYAH TERSEBUT, balaslah kezaliman ini dengan cara yang DIKAU INGINI.....

Amalkan selepas solat.....

08 Ogos 2010

CARA MENGHALAU JIN DARIPADA RUMAH

Andaikata anda sudah benar-benar yakin bahawa di dalam rumah anda ditumpangi jin, maka cara menghalaunya adalah dengan membaca perjanjian kaum jin dengan nabi Allah Sulaiman as iaitu:

"Aku bersumpah dengan perjanjian sebagaimana yang telah diikatkan oleh Nabi Sulaiman ke atas kalian agar hendaklah kalian keluar dan berpindah dari rumah kami. Aku bersumpah dengan nama Allah Taala agar hendaklah kalian keluar dan janganlah mengapa-apakan sesiapapun". Ulanglah selama tiga hari berturut-turut. Ikhlaskan niat ketika memulakan bacaan dan mohonlah pertolongan kepada Allah Taala.

InsyaAllah, makhluk jin tersebut akan keluar.

02 Ogos 2010

KENAPA HARUS BERBEKAM?

Jin, syaitan @ iblis adalah makhluk yang diciptakan Allah SWT daripada api. Mereka diciptakan lebih awal daripada manusia. Mereka adalah hamba yang taat kepada Allah sebelum manusia yang bernama Adam diciptakan. Setelah Adam diciptakan oleh Allah SWT daripada tanah, Allah perintahkan mereka supaya tunduk hormat kepada Adam, namun mereka sombong untuk tunduk kepada Adam,lalu jadilah mereka golongan yang dimurkai oleh Allah dan dikeluarkan daripada syurga. Semenjak itu, golongan ini berjanji untuk menyesatkan dan menyakiti manusia hingga ke hari kiamat.

Dari dulu berapa ramai manusia telah dirosakkan akal dan akidahnya, tidak kurang yang tersiksa sakit kerana perbuatan mereka. Sekarang ini, kejahatan mereka untuk merosakkan manusia dan menyakiti manusia berterusan. Ramai manusia hanyut dengan buaian jahiliah mereka, sehingga manusia lupa untuk taat akan tuhan yang telah menciptakan mereka. Selain itu juga, mereka bukan sahaja menyesatkan akidah manusia, mereka juga menyakitkan manusia dengan menyerang tubuh badan manusia. Ada yang sakit jantung, kencing manis, stroke, barah dan sebagainya..Apabila dikaji, rupanya semua penyakit ini kebanyakannya berpunca daripada serangan dan kejahatan mereka. Tempat duduk mereka ini adalah di dalam pembuluh darah manusia. Dan apabila mereka ini mencapai ke otak manusia akan menyebabkan manusia menjadi lalai, malas dan bertindak agresif.

Oleh kerana itu para Malaikat memerintahkan agar umat Muhammad berbekam.
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)