TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH DAN PEMAKANAN QURANI FOOD.
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

24 Januari 2011

PETUA RAWATAN ASMA




Assalamualaikum para pembaca yang budiman.

Ini adalah sedikit petua rawatan yang ingin saya kongsikan dengan saudara. Mudah-mudahan kaedah ini bermanfaat kepada kita.


Caranya:

Kanak-kanak

Dapatkan burung pipit, rebus masak sup dan buat hidangan untuk anak kecil kita.

Untuk dewasa

Dapatkan belut air tawar, basuh bersih-bersih dan minum lendirnya. Untuk kaedah yang mudah,setelah dibersihkan, belut dipegang dan urut badannya dengan roti. Kemudian roti diletak jem/mentega, dan di makan.

WALLAHUALAM.






19 Januari 2011

GAMBAR TITIK REFLEKSI TAPAK TANGAN













Assalamualaikum WMT para pembaca yang budiman.

Subhanallah, Allah yang telah menciptakan makhluknya ini dengan begitu sempurna. Bahkan untuk mengatasi masalah dalam badan kita, Allah telah melengkapinya dengan titik refleksi yang boleh diurut.
Urut dan picitlah titik utama pada tapak tangan kita sebagai ikhtiar rawatan penyakit kita. Kita boleh gunakan ibu jari semasa mengurut. Amalkan mengurut tapak tangan 10 minit setiap hari.

18 Januari 2011

RAWATAN DEMAM PANAS


Assalamualaikum WMT, salam hormat kepada semua pembaca yang saya hormati.

Antara ayat amalan yang boleh kita baca untuk rawatan demam panas adalah:

Al Anbiyaa 69-70

Ertinya:

Kami berfirman, wahai api, sejuklah dan selamatlah Ibrahim. Dan mereka hendak menjalankan rancangan jahat terhadap Ibrahim, tetapi Kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling rugi.



Baca 3x tiup pada ubun-ubun anak kita dan juga hembus pada air untuk mandian dan minum.