Assalamualaikum para pembaca yang budiman
Ini adalah sedikit petua rawatan yang ingin saya kongsikan dengan saudara. Petua rawatan untuk penyakit asma kronik, dan untuk awet muda.
Caranya mudah sahaja. Sediakan bahan-bahan seperti berikut
Lobak merah – setengah btg
Lobak putih- satu btg
Bawang merah- 2 bj
Bawang putih-3 ulas
Limau kasturi- 3 bj (tak perlu jika ada gastrik)
Madu – 1 sudu
Parut lobak dan masukkan semua bahan tadi dalam gelas. Jangan campur air. Gaul semua bahan tadi dan perah airnya. Isi dalam gelas dan campur sesudu madu. Minum 2x sehari.
InsyaAllah, saudara akan rasa perubahannya dalam masa seminggu. Rasa senang bernafas,penyakit beransur sembuh dan wajahpun berseri-seri.
Selamat mencuba.