KAEDAH
MANDIAN BAGI PESAKIT GANGGUAN JIN
Sediakan sebaldi air biasa, kemudian masukkan 3/5/7/9 biji limau purut yang telah dipotong dan diperah ke dalam baldi termasuk kulit limau sekali. Tambahkan 2 genggam garam bukit jika ada. Mandian ini hendaklah dilakukan selepas waktu asar.
Ketika di luar bilik mandi bacakan pada air Surah Al Fatihah, Ayatul Qursy, Al kafirun dan 3 Qul….tiup pada air tersebut sambil berniat agar Allah berikan kesembuhan.
Kemudian kacau air tadi mengikut pusingan tawaf atau anti clock-wise sambil membaca selawat dalam hati.
Mandi bersih badan dahulu seperti biasa iaitu bersabun, syampu, gosok gigi dan lain-lain. Kemudian barulah mandi menggunakan air rawatan sebagai bilasan akhir.
Minum seteguk air tersebut dan mandi la separuh baldi dahulu.
Semasa air separuh baldi , ambil kulit limau tadi, gosokkan ke badan (buat macam sabun) dan gosok limau pada mana-mana tempat yang terasa sakit dan berat.
Selesai mandi jangan dilap iaitu lurutkan badan sahaja supaya air tadi kering pada badan.
Buang atau tanam kulit limau tadi.
Lakukan mandian selama 3 hingga 7 hari berturut-turut.
Apa-apa pun yang berlaku, pastikan mandian diteruskan juga.
Ada pesakit kami yang ketika mandi jatuh pengsan dan terdapat lebam2 pada badan, jadi teruskan mandian dan kuatkan semangat.