TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH DAN PEMAKANAN QURANI FOOD.
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

21 Mac 2021

KAEDAH MANDIAN BAGI  PESAKIT GANGGUAN JIN

Sediakan sebaldi air biasa, kemudian masukkan 3/5/7/9 biji limau purut  yang telah  dipotong  dan diperah ke dalam baldi termasuk kulit limau sekali. Tambahkan 2 genggam garam bukit jika ada. Mandian ini hendaklah dilakukan selepas waktu asar.

Ketika di luar bilik mandi bacakan pada air  Surah Al Fatihah, Ayatul Qursy, Al kafirun dan 3 Qul….tiup pada air tersebut sambil berniat agar Allah berikan kesembuhan.

Kemudian kacau air tadi mengikut pusingan tawaf atau anti clock-wise sambil membaca selawat dalam hati.

Mandi  bersih badan dahulu seperti biasa iaitu bersabun, syampu,  gosok gigi dan lain-lain. Kemudian barulah mandi menggunakan air rawatan sebagai bilasan akhir.

Minum seteguk air tersebut dan  mandi la separuh baldi dahulu.

Semasa air separuh baldi , ambil kulit limau tadi, gosokkan ke badan (buat macam sabun)  dan gosok limau pada mana-mana tempat yang terasa sakit dan berat.

Selesai mandi jangan dilap iaitu lurutkan badan sahaja supaya air tadi kering pada badan.

Buang atau tanam kulit limau tadi.

Lakukan mandian selama 3 hingga 7 hari berturut-turut.
 
PESANAN

Apa-apa pun yang berlaku, pastikan mandian diteruskan juga.
Ada pesakit kami yang  ketika mandi jatuh pengsan dan terdapat lebam2 pada badan, jadi teruskan mandian dan  kuatkan semangat.