TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH DAN PEMAKANAN QURANI FOOD.
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

23 Jun 2010

MERAWAT PESAKIT KURANG WARAS

Pada minggu lepas,semasa bercuti di Tawau, saya berkesempatan merawat seorang pesakit yang kurang waras. Menurut keluarga pesakit ni, mereka telah berikhtiar dan berubat sampai kepada bomoh buddha. Bermacam-macam andaian dan cerita dikaitkan dengan pesakit ini, antaranya ingatan pesakit ini dikawal oleh jin-jin yang amat hebat kononnya.

Tanpa berlengah, saya mendekati pesakit dan terus melakukan scanning mengesan gangguan makhluk halus. Kali ni saya menggunakan scanning menggunakan aura telapak tangan. Bebola aura terus mengembang menandakan tubuh pesakit ini memang ditumpang oleh jin pengganggu.

Pesakit terus menunjukkan reaksi kurang senang, memandang ke atas dan ke tepi dan sering mengeluarkan kata-kata memperli perawat. Saya tidak memperdulikan kata-katanya dan terus membaca ayat-ayat rukyah syariah secara kuat di telinga pesakit. Hati saya berdebar apabila mengingati semula kata-kata keluarga pesakit yang kononnya malam ini kebiasanya pesakit akan agresif, marah dan mengamok.

Berlainan pula dengan malam ni, selesai bacaan rukyah kami mendapati pesakit nampak tenang dan kurang agresif. Sempat pula menasihati orang yang berada di sana. Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya kesembuhan hanya hak Allah s.w.t.

Saya menamatkan rawatan dengan membekalkan pesakit dengan air rawatan, madu kayu koka dan CD pembakar jin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan