TERAPI RUQYAH SYARIYYAH
PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH DAN PEMAKANAN QURANI FOOD.
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA
21 Disember 2011
Rawatan ketika disengat kala jengking
05 Disember 2011
DOA NABI AYUB AS KETIKA MENDERITA SAKIT KRONIK
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
83. dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja Yang lebih Mengasihani daripada Segala (yang lain) Yang Mengasihani".
Al Anbiya'
Ayat ini merupakan doa nabi Ayub as ketika menderita sakit sekian lama. Rahsia doa ini adalah dengan pujian kepada Allah, Nabi Ayub as sembuh daripada penyakit kronik yang dideritainya. Bacalah dengan penuh harap, keyakinan yang tinggi, bahawa Allah sajalah yang dapat menyembuhkan penyakit kita.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
83. dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja Yang lebih Mengasihani daripada Segala (yang lain) Yang Mengasihani".
Al Anbiya'
Ayat ini merupakan doa nabi Ayub as ketika menderita sakit sekian lama. Rahsia doa ini adalah dengan pujian kepada Allah, Nabi Ayub as sembuh daripada penyakit kronik yang dideritainya. Bacalah dengan penuh harap, keyakinan yang tinggi, bahawa Allah sajalah yang dapat menyembuhkan penyakit kita.
18 November 2011
AYAT AMALAN KETIKA MENGURUT
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum WHT. Saudara pembaca yang budiman. Biasanya sebelum mengurut tubuh badan pesakit, saya membaca ayat seperti di bawah. Sebelum itu, mulakan dengan membaca surah Al Fatehah, selawat tafrijiah dan berdoa kepada Allah taala agar direzekikan kesembuhan kepada pesakit.
Sebagai tambahan, tok guru saya ada berpesan, jangan lupa minta keizinan kepada roh yang berada di tubuh pesakit sebelum melakukan urutan. Kemudian baca ayat di atas pada tapak tangan dan tiup sehalus jarum. Barulah mula lakuan urutan mengikut kepakaran dan teknik yang dipelajari. Semoga bermanfaat kepada kita semua.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum WHT. Saudara pembaca yang budiman. Biasanya sebelum mengurut tubuh badan pesakit, saya membaca ayat seperti di bawah. Sebelum itu, mulakan dengan membaca surah Al Fatehah, selawat tafrijiah dan berdoa kepada Allah taala agar direzekikan kesembuhan kepada pesakit.
Sebagai tambahan, tok guru saya ada berpesan, jangan lupa minta keizinan kepada roh yang berada di tubuh pesakit sebelum melakukan urutan. Kemudian baca ayat di atas pada tapak tangan dan tiup sehalus jarum. Barulah mula lakuan urutan mengikut kepakaran dan teknik yang dipelajari. Semoga bermanfaat kepada kita semua.
17 November 2011
Panduan Urut Tradisional Melayu Dan Urut Batin
Panduan Asas Urut Tradisional Melayu Dan Urut Batin – Rahsia urut, Teknik dan Praktikal
Lengkap bersama 3 Video DVD
Rakaman ini dibuat semasa kursus urut tradisional melayu yang pihak kami jalankan baru-baru ini. Tenaga pengajar (Pak Sarif) merupakan orang yang berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang urutan dan ada menggabungkan teknik urutan yang beliau pelajari dari Indonesia dan Filipina.
Ramai pesakit menunjukkan kesembuhan dengan izin Allah setelah diurut dengan teknik urutan ini, terutamanya lumpuh dan masalah mati pucuk. Semoga teknik urutan yang dikongsi bersama ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Walaubagaimanapun, pihak kami memohon kemaafan atas masalah audio yang kurang memuaskan dan gangguan bunyi semasa rakaman dijalankan.
Anda boleh mendapatkan set DVD ini dengan HARGA RM 50.00 dan anda akan memperolehi 3 Video DVD.
Jika berminat, bolehlah sms atau tel ke 0198026080 ( ZULKIFLE )
01 November 2011
KENANGAN KURSUS PERUBATAN ISLAM DI LAHAD DATU SABAH
Tahniah, kepada semua peserta kursus. Semoga ilmu yang dikongsi bersama memberi manfaat kepada kita semua. Antara teknik dan kaedah mengesan gangguan jin yang dikongsi pada kali ini adalah:
Kaedah mengesan gangguan jin menggunakan teknik tapak tangan
Kaedah dan teknik mengesan gangguan jin dari kaki pesakit
Kelihatan para peserta penuh tumpuan menggunakan teknik dan kaedah mengesan gangguan jin yang baru dipelajari.
Sesi praktikal merawat pesakit gangguan jin saka yang telah menderita sakit sekian lama. Pesakit bertindak agresif dan cuba menyerang perawat. Syukur Alhamdulillah, rawatan pada petang itu dipermudahkan Allah taala.
Syabas dan tahniah kepada para peserta kerana berjaya menamatkan kursus pada kali ini. Semoga berjumpa dalam kursus pada masa akan datang.
25 Oktober 2011
SEMINAR PERUBATAN ISLAM DI SABAH
Assalamualaikum WHT
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT. Saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca budiman bahawa pihak kami akan menganjurkan seminar perubatan islam seperti ketetapan di bawah.
SEMINAR PERUBATAN ISLAM
Menangkis Kejahatan Makhluk Halus Menggunakan Kaedah Al Quran
Tarikh: 30hb OKT 2011 ( hari Ahad)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Bangunan Baru Pekan Tungku, Lahad Datu Sabah.
Penyertaan: Terbuka kepada 30 peserta terawal yang mendaftar
Yuran: RM 100 seorang (nota, sijil dan makan minum)
Anjuran: Pusat Perubatan Islam Sri Hak Lahad Datu
Tentatif program:
8.00: Pendaftaran peserta
9.00: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja: (Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir) -Penyampai: Al Fadhil Ust Ahmad Fathoni Fajri(Pondok Uswatun Hasah Jawa Timur Indonesia)
10.30: Rehat - Minum pagi
11.00: Slot Kedua : Menangani Gangguan Jin Saka dan Sihir
-Penyampai: Al Fadhil Ust Ahmad Fathoni Fajri
12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur
2.00ptg: Slot Ketiga: Pembentangan Kertas Kerja
(Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus)
-Penyampai: En. Zulkifle Abd Kayum
3.00: Slot ke empat: Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah, selawat syifa’ dan tafrijiah - Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah
4.00: Solat Asar
5.00: Selesai
Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda dan kaedah pembayaran (bank in ke akaun / semasa program) kepada no telefon di bawah dan bank in kan yuran pendaftaran ke:
May Bank: ZULKIFLE BIN ABD KAYUM :
NO AKAUN: 110050071457
…. Atau bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir.
Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:
CIKGU ZULKIFLE (0198026080)
30 September 2011
MENGURANGKAN LEMAK DALAM BADAN
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya,ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, minum selepas makan tengah hari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
25 September 2011
DIRASUK JIN PONTIANAK
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum WHT
Baru-baru ini, saya berhadapan dengan seorang pesakit wanita yang telah dirasuk oleh jin pontianak. Pesakit saya ini adalah pelajar tingkatan lima. Pesakit telah diganggu emosi dan sakit fizikal selama dua tahun. Sering termenung, suka duduk bersendirian dan seringkali bercakap sendirian seolah-olah ada orang lain yang sedang berbual-bual dengannya. Perkara yang merisaukan orang tuanya ialah pesakit ini kerap keluar rumah sendirian pada waktu tengah malam.
Ketika duduk berhadapan, saya membaca sepotong ayat al Quran dengan suara yang agak kuat berulangkali. Serta merta pesakit tersebut termuntah dan menjerit sekuat hati meminta saya memberhentikan bacaan.Saya tidak menghiraukan permintaan jin tersebut, terus membaca ayat tersebut. Ahli keluarga yang datang turut membantu memegang tubuh pesakit yang bertindak agresif. Saya menawarkan dua pilihan sahaja kepada jin tersebut iaitu keluar segera dari tubuh pesakit atau saya terus membaca ayat al Quran tersebut dan berdoa kepada Allah taala agar menyempitkan laluannya dalam tubuh pesakit.
Syukur Alhamdulillah, tidak lama kemudian jin pengganggu mula mengalah, rasa terseksa dan menyuarakan keinginannya untuk keluar daripada badan pesakit dan berjanji untuk tidak mengganggu pesakit selama-lamanya. Inilah ayat al Quran yang biasa saya baca ketika berhadapan dengan pesakit sebelum meruqyahnya.
124. "Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".
(Surah Taha: Ayat 124)
Segala kepujian dan kelebihan itu hanyalah bagi Allah taala. Syukur ke hadrat ilahi, kerana mempermudahkan urusan rawatan pada hari tersebut. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah kerana sentiasa mengingatiNya.
23 September 2011
TEKNIK SEDARKAN PESAKIT GANGGUAN JIN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum WHT
Saudara pembaca yang budiman. Di sini saya ingin kongsikan satu kaedah rawatan untuk menyedarkan pesakit gangguan jin yang bertindak agresif seperti pesakit menumbuk perawat, kejang seluruh badan dalam masa yang lama dan seumpamanya. Dah dirawat berjam-jam, namun jin pengganggu masih berdegil untuk tidak keluar. Berhadapan dengan kes seperti ini,biasanya saya akan memberhentikan rawatan, menenangkan dan menyedarkan pesakit terlebih dahulu dengan membaca selawat tafrijiah di bawah.
Kaedahnya:
1. Fokuskan tumpuan, berniat untuk hentikan rawatan dan berdoa kepada Allah taala agar pesakit diberikan ketenangan dan sedarkan diri.
2. Letak tapak tangan pada ubun-ubun pesakit. Kemudian baca Al Fatehah dan selawat di atas. Tapi sebelum itu, pastikan pesakit dipegang dan dibaringkan terlebih dahulu. Insya Allah, pesakit tersebut akan sedarkan diri dengan serta merta. Bekalkan pesakit dengan amalan-amalan harian benteng diri dan cubalah rawat pada hari yang lain.Semoga kaedah ini bermanfaat kepada kita semua.
18 September 2011
AYAT AMALAN MENGHADAPI JIN DEGIL
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum WHT
70. dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.
Kaedah Amalan
1. Amalkan ayat di atas setiap selesai solat.
2. Semasa berdepan dengan jin degil, picit point di bahagian jari kaki pesakit dengan kadar sederhana kuat sambil membaca ayat di atas berulang-ulang kali. Niat, fokuskan tumpuan dan berdoa kepada Allah taala agar dipermudahkan rawatan. InsyaAllah, jin tersebut akan menjerit kesakitan dan menyerah kalah.
Allahu a’lam.
14 September 2011
AMALAN HARIAN PESAKIT GANGGUAN JIN
Bismillah. Sekiranya anda menderita sakit gangguan makhluk halus, maka saya sarankan agar anda bersabar dengan gangguan ini. Adukan kepada Allah kerana Dia-lah Dzat yang menguasai seluruh makhluk-Nya. Jadikan peristiwa ini sebagai ladang untuk mengharap ganjaran pahala dari Allah, dengan bersabar terhadap kezaliman makhluk lain.
Beberapa perkara yang sangat-sangat dianjurkan anda lakukan.
1. Untuk perlindungan.
Rajin-rajinlah membaca dzikir pagi dan petang.Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan jaminan keamanan dari gangguan jin bagi orang yang membaca zikir setiap pagi dan petang.
2. Untuk pengusiran.
Bacakan surah Al-Baqarah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya, syaitan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya.” (H.R. Muslim)
3. Sering gunakan rumah Anda untuk melaksanakan shalat sunat dan membaca Alquran.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Terangilah rumah kamu dengan shalat.”
4. Banyaklah berdoa dan mohonlah kepada Allah untuk mengusir makhluk ini. Semoga Allah segera mengabulkan doa Anda.
Allahu a’lam.
10 September 2011
MENCARI BARANG HILANG
Antara doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.
Doa itu adalah:
“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”
Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”
Berkata Imam Nawawi:
ANAK JIN DAN SYAITAN
Mukhannats adalah anak jin atau syaitan, ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit.
Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.
9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA:
- ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
- WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
- A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
- HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )
- MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
- MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
- DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
- WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
- LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari..
Langgan:
Catatan (Atom)