Erti Tasbih ialah menyucikan ALLAH dengan membacakan "SUBHANALLAH". Solat ini dinamakan solat sunat tasbih kerana solat ini dipenuhi dgn "SUBHANALLAH" Solat sunat tasbih ini Diajarkan oleh Nabi S.A.W. kepada Abbas, bapa saudaranya seperti tersebut dalam hadis.
"Wahai bapa saudaraku, Sukakah anda kalau saya berikan sesuatu yang menguntungkan, iaitu ALLAH akan mengampuni segala dosa yang lama, yang baru, yang awal, yang akhir, yang sengaja, dan yang tak sengaja, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan? Iaitu anda kerjakan solat empat rakaat, pada tiap tiap rakaat dibaca Fatihah dan surah, dan pada rakaat pertama selepas baca surah biasa "SUBHANALLAH WAL HAMDULILLAH WA LA ILLAHA ILLALLAH WALLAH HU AKHBAR": kemudian rukuk dan baca tasbih tersebut 10 kali, ketika iktidal baca 10 kali, ketika sujud baca 10 kali, ketika duduk baca sepuluh kali, maka semuanyanya 75 kali membaca tasbih pada setiap rakaat. Buatlah begitu dalam empat rakaat. Jika anda mampu buatlah setiap hari sekali; jika tidak mampu buatlah setiap Jumaat sekali; jika tidak mampu buatlah sebulan sekali; jika tidak mampu buatlah setahun sekali; Jika tidak mampu buatlah seumur hidup sekali." (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah Ibnu Khuzaimah dan Al-Tabrani)178
HIKMAH
Rahsia solat ini terletak pada bacaan tasbihnya. Solat ini juga seperti disebutkan dalam hadis diatas, adalah untuk mengikis dosa dosa.. Namun sebagai tambahan disini dijelaskan bahwa Tasbih, Atau membaca SUBHANALLAH, adalah amalan yang disukai ALLAH.
Sebuah hadis mengatakan: "Dua Frasa yang mudah disebut tetapi berat pahalanya dalam timbangan dan disukai oleh ALLAH Al RAHMAN ialah SUBHANALLAH WABIHAMDIHI dan SUBHANALLAH AL- AZIM." (Riawayat Bukhari dan Muslim)179
Pada Suatu hari Abi Zarr bertanya pada RasulLULLAH: "Apakah kata kata yang paling disukai ALLAH?" Jawab Nabi S.A.W. "Kata itu ialah kata yang dipilih ALLAH untuk malaikatnya, iaitu SUBHANALLAH WABIHAMDIHI, SUBHANALLAH AL-AZIM" (Riwayat Muslim) 180
Kata kunci dalam solat ialah Tasbih. Apakah ertinya Tasbih kepada manusia? Erti tasbih ialah menyucikan ALLAH dari segala sifat yang tidak layak baginya. Dalam Quran disebutkan bahawa semua makhluk dialam semesta ini bertasbih. "Bertasbihlah segala yang dilangit dan dibumi"(al-Jumuah:1)
Maka itu ALLAH memerintahkan manusia bertasbih.
Contoh:
"MAKA BERTASBIHLAH KAMU KEPADA TUHANMU YANG MAHA AGUNG" (Al- Waqiah 64 – 69)
"BERTASBIHLAH KAMU KEPADA TUHANMU YANG MAHA TINGGI" (AL-A'LA :1)
"BERTASBIHLAH KAMU KETIKA BERDIRI" (AL-TUR 48)
"BERTASBIHLAH PADA PETANG DAN PAGI" (ALI IMRAN 41)
CARA
Solat ini boleh dilakukan pada siang ataupun malam. Kalau dilakukan pada waktu malam, maka ia dilakukan 4 rakaat dengan 2 salam.
Jika dilakukan pada waktu malam, maka ia dilakukan 4 rakaat dengan 2 salam.
Kalau dilakukan pada waktu siang, maka ia dilakukan 4 rakaat dengan 1 salam.
Mengikut hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah, Solat ini empat rakaat, selepas membaca Fatihah dan sebarang surah, bacalah tasbih pada rakaat pertama 15kali, rakaat kedua,ketiga,keempat setiap satu sepuluh kali.
Kalimat tasbih menjadi kunci solat ini. Dalam Hadis Muslim, Nabi mengatakan "Kata yang paling disukai ALLAH ialah SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILA HA ILLALLAHU WALLAHU AKHBAR"181
Kaifiat solat tasbih adalah seperti berikut ...
Lafaz Niat "Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana ALLAH TA'AALA"
Seterusnya
1. TAKBIRATUL IHRAM
2. DOA IFTITAH
3. FATIHAH
4. SURAH DAN 15 KALI TASBIH
5. RUKUK DAN 10 KALI TASBIH
6. IKTIDAL DAN 10 KALI TASBIH
7. SUJUD DAN 10 KALI TASBIH
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD 10 KALI TASBIH
9. SUJUD KEDUA 10 KALI TASBIH
10. SELEPAS SUJUD KEDUA BACA 10 KALI TASBIH SEBELUM BANGUN
Setiap rakaat ada 75 kali bacaan tasbih dan bila selesai 4 rakaat maka cukuplah 300kali tasbih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan