Ilmu pukau adalah untuk membuat orang yang sedang tidur, akan tidur semakin nyenyak sehingga tidak disedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Manakala apabila terkena pada orang yang sedar, boleh berdialog dengannya tetapi dikuasai minda orang itu sehingga boleh menurut apa sahaja kehendak orang yang memukaunya tanpa daya melawan atau berlepas diri daripadanya.
Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al-Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”
BEBERAPA HARI SEBELUM PUKAU RUMAH BERLAKU
1. Terdapat najis, organ dalaman, darah dan bangkai haiwan di hadapan rumah kita. Kambus dengan tanah sambil membaca basmalah dan ayat perlindungan.
2. Tetamu dikenali atau tidak dikenali masuk rumah dan meninggalkan bekas minumannya atau apa –apa barang di dalam rumah kita.
AMALAN HARIAN BENTENG DIRI
Amalkan ayat-ayat berikut setiap hari untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau.
1. Baca doa berikut:
“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Surah Yunus 81-82
5. Berwudhuk dan baca basmalah atau ayat tawakal sebelum ke luar rumah.
6. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.
7. Jangan benarkan orang merokok di dalam rumah.
Paling penting, pukau tidak akan memberi kesan sekiranya kita ingat Allah. Dekatkan diri lebih pada Allah, merintih dan merayu. Apa-apa pun segalanya dengan izin Allah. Manusia dan makhluk lain tiada kuasa dan daya...
Waalahu a’lam.