Sawan tangis itu ada dua punca utama, iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus , rasa kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya,ataupun penyakit seperti kembung perut atau selesema.
Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk halus. Islam mengajar kita agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik sahaja dilahirkan.
Sekiranya dilakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.
TANDA-TANDA
-Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku kepada bayi yang menangis akibat gangguan.
- Suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.
-Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.
-Kelihatan anak kita menangis dengan suara yang kuat dan diikuti hentakan kaki ke lantai.
-Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.
-Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.
KAEDAH RAWATAN
Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, antaranya ialah:
1. Membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak 3x.
2. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, laungkan azan di telinga sebanyak 7x.
3. Bacakan Yassin ayat 9 sebanyak 3x pada tapak tangan dan sapu pada muka anak terutama bahagian mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan