TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH DAN PEMAKANAN QURANI FOOD.
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

24 Ogos 2011

TIGA NASIHAT ALI ZAINAL ABIDIN TENTANG MANUSIA


Seorang lelaki menemui Imam Ali Zainal Abidin seraya mengadu keadaan duniawinya.

“Kasihan manusia! Setiap hari mereka menghadapi tiga bencana, tetapi tidak pernah mengambil pengajaran, padahal mereka mampu mengatasinya dengan mudah.

Bencana pertama, setiap hari usianya berkurang. Jika hartanya berkurang, dia dapat mengganti dan menambahnya.

Bencana kedua, setiap hari dia mendapat rezeki. Jika memperolehinya dengan cara halal, pasti akan dapat balasan syurga. Jika dia mendapatkannya dengan jalan haram, nescaya dia akan mendapat seksaan di akhirat.

Bencana ketiga, setiap hari usianya berkurang. Ertinya dia semakin mendekati akhirat, samaada ke syurga atau ke neraka.

Jika manusia merenung dengan mendalam ketiga bencana tersebut, tentulah kesusahan dan kesulitan duniawinya menjadi kecil dan tidak bererti.

11 Ogos 2011

PINTU MASUK IBLIS










Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menjelaskan tentang pintu masuk iblis ke dalam hati manusia, antaranya adalah al-Hirsh dan al-Hasad.

Al-Hirsh ialah cita-cita atau keinginan yang teramat sangat terhadap sesuatu sehingga menjadikannya buta dan tuli. Buta akan kebenaran Tuhannya dan tuli dari bisikan kebenaran Tuhan yang disuarakan dalam hati nuraninya. Perkara yang hak dan batil, halal dan haram, manfaat dan mudaratnya bagi diri sendiri dan orang lain tidak lagi jadi asas pertimbangannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Jika kamu sudah mencintai sesuatu, maka cintamu kepadanya akan menyebabkan kamu menjadi buta dan tuli.” (al-Hadis)

Al-Hasad ialah sikap atau sifat tidak senang melihat orang lain memperolehi kenikmatan, kebaikan dan kebahagiaan dengan berusaha melakukan kejahatan kepadanya agar kenikmatan itu berpindah kepadanya. Dia tidak suka melihat orang lain berjaya,sedangkan dia sendiri tidak mampu mencapainya.

Ini lah yang akan mengundang penyakit hati yang lain sehingga menyebabkan syaitan dapat berleluasa masuk ke dalam hati seseorang.

Dalam satu riwayat yang dikeluarkan oleh Abu Dawud dalam Sunannya, ketika Nabi Nuh a.s. menaiki perahu, dan dalam perahu itu pelbagai makhluk secara berpasang-pasang, tiba-tiba beliau melihat seorang tua yang tidak dikenali. Orang tua itu tidak memiliki pasangan. Nabi Nuh a.s. bertanya, “Untuk apa kamu di sini?” Orang tua itu menjawab, “Aku masuk ke sini untuk mempengaruhi para sahabatmu supaya hati mereka bersamaku, sedangkan tubuh mereka bersamamu.” Orang tua itu adalah iblis.

Seterusnya Nabi Nuh a.s. berkata “Keluarlah kamu dari sini, wahai musuh Allah! Kamu terkutuk!” Kemudian iblis berkata kepada Nuh, “Ada lima perkara yang dengan kelimanya aku membinasakan manusia. Akan kuberitahu yang tiga dan kusembunyikan yang dua.” Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh: “Katakan, aku tidak memerlukan yang tiga. Aku memerlukan yang dua.” Maka Nuh bertanya dua perkara itu kepada iblis. Iblis menjawab, “Dua perkara yang membinasakan manusia itu adalah keinginan yang amat sangat dan dengki. Disebabkan dengki inilah aku dilaknat sehingga terkutuk. Dan disebabkan keinginan yang amat sangat ini pula, Adam dan Hawa tergoda untuk menurut keinginannya.”


06 Ogos 2011

KURSUS PERAWAT INTENSIF DI SEMPORNA











Assalamualaikum WMT.

Alhamdulillah syukur ,Kursus Perawat Islam Intensif di Semporna Sabah pada 23 Julai yang lalu berlangsung dengan jayanya.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur khususnya Abg Haris dan keluarga yang bertungkus lumus menjadikan kursus ini satu realiti. Beliau adalah tonggak utama kursus pada kali ini .
Seperti biasa sesi pagi diisi dengan pembentangan kertas kerja berkenaan asas rawatan Islam dan pengenalan alam jin oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Fathoni Fajri. Manakala pada waktu petangnya, peserta didedahkan dengan kaedah dan teknik rawatan Ruqyah Syariyyah (praktikal) yang saya sendiri sampaikan. Kemudian Al Fadhil Ustaz Fathoni meneruskan pengisian program dengan simulasi rawatan beramai2, serta pengijazahan ayat-ayat amalan. Atas permintaan masyarakat setempat,Kami juga meneruskan rawatan pada sebelah malamnya. Beberapa orang pesakit bertindak agresif setelah di ruqyah. Syukur Alhamdullillah, rawatan pada malam tersebut dipermudahkan Allah SWT.

Alhamdulillah syukur sekali lagi kepada Allah, dan saya berdoa agar semua bakal muallij sentiasa dilindungi dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Kami juga berdoa semoga Allah SWT memberikan kami peluang seterusnya utk menyebarkan ilmu perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah dari semasa ke semasa...