TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH DAN PEMAKANAN QURANI FOOD.
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

30 September 2011

MENGURANGKAN LEMAK DALAM BADAN



Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Caranya,ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, minum selepas makan tengah hari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

25 September 2011

DIRASUK JIN PONTIANAK



Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum WHT

Baru-baru ini, saya berhadapan dengan seorang pesakit wanita yang telah dirasuk oleh jin pontianak. Pesakit saya ini adalah pelajar tingkatan lima. Pesakit telah diganggu emosi dan sakit fizikal selama dua tahun. Sering termenung, suka duduk bersendirian dan seringkali bercakap sendirian seolah-olah ada orang lain yang sedang berbual-bual dengannya. Perkara yang merisaukan orang tuanya ialah pesakit ini kerap keluar rumah sendirian pada waktu tengah malam. 

Ketika duduk berhadapan, saya membaca sepotong ayat al Quran dengan suara yang agak kuat berulangkali. Serta merta pesakit tersebut termuntah dan menjerit sekuat hati meminta saya memberhentikan bacaan.Saya tidak menghiraukan permintaan jin tersebut, terus membaca ayat tersebut. Ahli keluarga yang datang turut membantu memegang tubuh pesakit yang bertindak agresif. Saya menawarkan dua pilihan sahaja kepada jin tersebut iaitu keluar segera dari tubuh pesakit atau saya terus membaca ayat al Quran tersebut dan berdoa kepada Allah taala agar menyempitkan laluannya dalam tubuh pesakit.

Syukur Alhamdulillah, tidak lama kemudian jin pengganggu mula mengalah, rasa terseksa dan menyuarakan keinginannya untuk keluar daripada badan pesakit dan berjanji untuk tidak mengganggu pesakit selama-lamanya. Inilah ayat al Quran yang biasa saya baca ketika berhadapan dengan pesakit sebelum meruqyahnya.




124. "Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".

(Surah Taha: Ayat 124)


Segala kepujian dan kelebihan itu hanyalah bagi Allah taala. Syukur ke hadrat ilahi, kerana mempermudahkan urusan rawatan pada hari tersebut. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah kerana sentiasa mengingatiNya.


23 September 2011

TEKNIK SEDARKAN PESAKIT GANGGUAN JIN

 

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum WHT


Saudara pembaca yang budiman. Di sini saya ingin kongsikan satu kaedah rawatan untuk menyedarkan pesakit gangguan jin yang bertindak agresif seperti pesakit menumbuk perawat, kejang seluruh badan dalam masa yang lama dan seumpamanya. Dah dirawat berjam-jam, namun jin pengganggu masih berdegil untuk tidak keluar. Berhadapan dengan kes seperti ini,biasanya saya akan memberhentikan rawatan, menenangkan dan menyedarkan pesakit terlebih dahulu dengan membaca selawat tafrijiah di bawah.





 


Kaedahnya:

1. Fokuskan tumpuan, berniat untuk hentikan rawatan dan berdoa kepada Allah taala agar pesakit diberikan ketenangan dan sedarkan diri.
2. Letak tapak tangan pada ubun-ubun pesakit. Kemudian baca Al Fatehah dan selawat di atas. Tapi sebelum itu, pastikan pesakit dipegang dan dibaringkan terlebih dahulu. Insya Allah, pesakit tersebut akan sedarkan diri dengan serta merta. Bekalkan pesakit dengan amalan-amalan harian benteng diri dan cubalah rawat pada hari yang lain.Semoga kaedah ini bermanfaat kepada kita semua.

18 September 2011

AYAT AMALAN MENGHADAPI JIN DEGIL









Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum WHT








Al Isra’ : 70


70. dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.

Kaedah Amalan

1. Amalkan ayat di atas setiap selesai solat.

2. Semasa berdepan dengan jin degil, picit point di bahagian jari kaki pesakit dengan kadar sederhana kuat sambil membaca ayat di atas berulang-ulang kali. Niat, fokuskan tumpuan dan berdoa kepada Allah taala agar dipermudahkan rawatan. InsyaAllah, jin tersebut akan menjerit kesakitan dan menyerah kalah.

 

Allahu a’lam.

14 September 2011

AMALAN HARIAN PESAKIT GANGGUAN JIN

 





Bismillah. Sekiranya anda menderita sakit gangguan makhluk halus, maka saya sarankan agar anda bersabar dengan gangguan ini. Adukan kepada Allah kerana Dia-lah Dzat yang menguasai seluruh makhluk-Nya. Jadikan peristiwa ini sebagai ladang untuk mengharap ganjaran pahala dari Allah, dengan bersabar terhadap kezaliman makhluk lain.

Beberapa perkara yang sangat-sangat dianjurkan anda lakukan.

1. Untuk perlindungan.
Rajin-rajinlah membaca dzikir pagi dan petang.Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan jaminan keamanan dari gangguan jin bagi orang yang membaca zikir setiap pagi dan petang.

2. Untuk pengusiran.
Bacakan surah Al-Baqarah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya, syaitan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya.” (H.R. Muslim)

3. Sering gunakan rumah Anda untuk melaksanakan shalat sunat dan membaca Alquran.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Terangilah rumah kamu dengan shalat.”

4. Banyaklah berdoa dan mohonlah kepada Allah untuk mengusir makhluk ini. Semoga Allah segera mengabulkan doa Anda.



Allahu a’lam.

10 September 2011

MENCARI BARANG HILANG



Antara doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.

Doa itu adalah:

“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”


Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi:

“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.

ANAK JIN DAN SYAITAN

Mukhannats adalah anak jin atau syaitan, ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit.

Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.


9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA:

  1. ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
  2. WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
  3. A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
  4. HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )
  5. MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
  6. MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
  7. DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
  8. WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
  9. LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari..