TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH DAN PEMAKANAN QURANI FOOD.
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

09 November 2010

DIRASUK JIN KRISTIAN


Baru-baru ini, saya berkesempatan merawat seorang pesakit wanita yang dirasuk jin beragama kristian setelah ber"facebook" dengan rakan lelaki beragama kristian. Pelik tapi benar. Menurut abang pesakit, adiknya kerap melakarkan lambang "cross" dengan tangannya pada sejadah selepas solat berjemaah dan sering berbicara sendiri. Sering keluar rumah pada waktu senja dan pada lewat malam. Hal ini amat membimbang ahli keluarga beliau.

Seperti biasa, saya mengajukan beberapa pertanyaan dan soal selidik tentang punca gangguan. Setelah itu, saya menyediakan segelas air minuman yang dicampur sesudu madu yang telah dibacakan ayat-ayat al-Quran termasuklah ayat 1 -3 daripada surah Al-Fathi (membuka ikatan) dengan tujuan semoga Allah taala mempermudahkan jin tersebut keluar.

Saya memulakan rawatan dengan melakukan teknik scanning 1881 pada kaki pesakit sambil membaca ayat pengesan. Badan pesakit tertolak ke belakang dan kelihatan pesakit menahan kesakitan pada bahagian kaki. Memang sah, ada jin penganggu dalam badan pesakit.

Saya memulakan sesi membaca ayat-ayat ruqyah di telinga pesakit sambil memegang ubun-ubunnya. Saya juga membacakan khutbah Jin dengan suara yang kuat agar jin itu sedar akan kesalahan dan kezalimannya.

Syukur Alhamdulillah, tak lama kemudian jin pengganggu mula berbicara dan menyuarakan keinginannya untuk keluar daripada badan pesakit dan ingin memeluk agama islam.

Rawatan diakhiri dengan memandikan pesakit dengan air campuran ais dan limau purut.
Saya membekalkan pesakit air ruqyah untuk minuman dan mandian selama 7hari berturut-turut...Pesakit perlu menjaga solat dan amalkan al falaq dan an nas tiap-tiap lepas solat. Pesakit juga dinasihati untuk kurangkan mendengar lagu-lagu yang melalaikan selama dalam proses rawatan ini.Rawatan tamat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan