Rumah yang mudah dimasuki Iblis dan syaitan adalah rumah yang dihuni oleh orang yang jiwanya kosong dari mengingati Allah iaitu rumah yang sunyi dari zikrullah. Oleh yang demikian bagi penghuni-penghuni mana-mana rumah dan kawasan hendaklah sentiasa membaca ayat-ayat suci al-Quran dan sentiasa menghidupkan hati dengan zikrullah dan menghadiri majlis-majlis ilmu di rumah-rumah Allah agar rumahnya dan dirinya terpelihara dari gangguan makhluk tersebut.
Antara perkara - perkara yang menjadi kesukaan iblis dan syaitan adalah seperti ;
1. Rumah yang sentiasa dimainkan bunyi-bunyian muzik.
2. Tuan rumah yang nampak angkuh dan takbur terutama ketika bercakap dan melayani tetamu lebih-lebih lagi tetamu yang bertaraf ahli ilmu.
3. Tuan rumah yang tidak mengambil berat soal-soal agama seperti mendedah aurat, menggantung gambar para artis di bilik anak-anak remaja dan sebagainya.
4. Terdapat patung yang menjadi hiasan samada di dalam atau pun di luar rumah.
Oleh yang demikian kita hendaklah menyedari betapa teruknya sifat mengabaikan jiwa dan rohani dari menghampiri diri kepada Allah serta mentaati perintahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan