TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH, URUT, BEKAM SUNNAH. KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

09 Disember 2010

KAEDAH GUNA BAWANG PUTIH KELUARKAN JIN DEGIL

Assalammualaikum dan salam hormat,

Seringkali kita mendengar dengan kes gangguan yang degil dan tidak mahu keluar walaupun puas dilakukan apa sahaja.

Di sini, serba sedikit saya ingin kongsikan kaedah menggunakan bawang putih.
Kaedah ini telah sekian lama diguna pakai oleh datuk saya iaitu
Allahyarham Syarif Harun semasa merawat pesakit. Kaedahnya mudah,mulakan dengan membaca al Fatihah, selawat, niat dan doa. Cuma letakkan bawang tersebut di hujung kuku kaki pesakit dan picit sederhana kuat sambil membaca Zikir Tahlil ( LailahaillALLAH) berulang kali. Gunakan cara yang sama di semua jari kaki sehingga bertemu dengan point jari kaki tapak jin. Dengan izin Allah taala, meraung kesakitanlah jin tersebut.

WALLAHUALAM.


BENTENG KEDIAMAN

Rumah yang mudah dimasuki Iblis dan syaitan adalah rumah yang dihuni oleh orang yang jiwanya kosong dari mengingati Allah iaitu rumah yang sunyi dari zikrullah. Oleh yang demikian bagi penghuni-penghuni mana-mana rumah dan kawasan hendaklah sentiasa membaca ayat-ayat suci al-Quran dan sentiasa menghidupkan hati dengan zikrullah dan menghadiri majlis-majlis ilmu di rumah-rumah Allah agar rumahnya dan dirinya terpelihara dari gangguan makhluk tersebut.

Antara perkara - perkara yang menjadi kesukaan iblis dan syaitan adalah seperti ;

1. Rumah yang sentiasa dimainkan bunyi-bunyian muzik.
2. Tuan rumah yang nampak angkuh dan takbur terutama ketika bercakap dan melayani tetamu lebih-lebih lagi tetamu yang bertaraf ahli ilmu.
3. Tuan rumah yang tidak mengambil berat soal-soal agama seperti mendedah aurat, menggantung gambar para artis di bilik anak-anak remaja dan sebagainya.
4. Terdapat patung yang menjadi hiasan samada di dalam atau pun di luar rumah.


Oleh yang demikian kita hendaklah menyedari betapa teruknya sifat mengabaikan jiwa dan rohani dari menghampiri diri kepada Allah serta mentaati perintahnya.