TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH, URUT, BEKAM SUNNAH. KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

23 Jun 2010

MERAWAT PESAKIT KURANG WARAS

Pada minggu lepas,semasa bercuti di Tawau, saya berkesempatan merawat seorang pesakit yang kurang waras. Menurut keluarga pesakit ni, mereka telah berikhtiar dan berubat sampai kepada bomoh buddha. Bermacam-macam andaian dan cerita dikaitkan dengan pesakit ini, antaranya ingatan pesakit ini dikawal oleh jin-jin yang amat hebat kononnya.

Tanpa berlengah, saya mendekati pesakit dan terus melakukan scanning mengesan gangguan makhluk halus. Kali ni saya menggunakan scanning menggunakan aura telapak tangan. Bebola aura terus mengembang menandakan tubuh pesakit ini memang ditumpang oleh jin pengganggu.

Pesakit terus menunjukkan reaksi kurang senang, memandang ke atas dan ke tepi dan sering mengeluarkan kata-kata memperli perawat. Saya tidak memperdulikan kata-katanya dan terus membaca ayat-ayat rukyah syariah secara kuat di telinga pesakit. Hati saya berdebar apabila mengingati semula kata-kata keluarga pesakit yang kononnya malam ini kebiasanya pesakit akan agresif, marah dan mengamok.

Berlainan pula dengan malam ni, selesai bacaan rukyah kami mendapati pesakit nampak tenang dan kurang agresif. Sempat pula menasihati orang yang berada di sana. Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya kesembuhan hanya hak Allah s.w.t.

Saya menamatkan rawatan dengan membekalkan pesakit dengan air rawatan, madu kayu koka dan CD pembakar jin.

09 Jun 2010

MERAWAT PESAKIT DISIHIR

Pada minggu lepas, saya mendapat panggilan telefon daripada seorang guru lelaki iaitu saudara saya sendiri, mengatakan yang beliau disihir. Saya meminta beliau datang berubat ke tempat saya. Beliau tiba pada sebelah petang keesokkan harinya. Sedih hati melihat keadaan pesakit ni kerana beliau mengalami sakit perut yang berpanjangan. Terasa macam ada benda yang membakar dalam perutnya. Beliau juga sering bermimpi melihat orang meninggal dunia dan dicekik orang tua.

Tiba di tempat saya, saya meminta beliau duduk berlunjur untuk melakukan scanning pada bahagian kaki. Kaki pesakit menggeletar kuat apabila saya memegang dan membaca ruqyah pembakar jin. Memang sah, ada jin berada dalam badan pesakit ini.

Tanpa membuang masa, saya beralih ke kepala pesakit dan membaca ruqyah di telinga pesakit. Tiada reaksi agresif daripada pesakit, cuba beliau tertidur semasa ruqyah dibacakan.
Saya membaca selawat tafrijiah berulang-ulang kali untuk mengejutkannya. Saya bercadang untuk menamatkan rawatan memandangkan ada pesakit lain sedang menunggu giliran.

Saya membekalkan beliau dengan air yang telah diruqyah dan mengamalkan minum dan mandi air limau selama tujuh hari berturut-turut. Saya meminta beliau bersabar kerana sakit dan musibah yang Allah s.w.t turunkan kepadanya itu merupakan tanda kasih sayangNya.

08 Jun 2010

MERAWAT PESAKIT DIGANGGU JIN ASYIK

Baru-baru ni saya meruqyah seorang pesakit wanita yang mengalami gangguan jin sudah lima tahun lamanya..masalah yang dihadapi beliau ialah sering berdebar,mimpi yang menakutkan terutama mimpi keguguran berulang-ulang dan banyak lagi...

Saya seperti biasa meruqyah dengan ayat-ayat al quran,membacakan ruqyah dengan kuat pada kepala pesakit. Tiba-tiba, pesakit kesakitan dan menggigil dengan kuat.Kemudian saya melakukan sesi dialog dengan jin pengganggu..setelah beberapa minit sesi dialog,jin pengganggu masih berkeras untuk menetap dibadan pesakit...

Kemudian saya melakukan picitan pada leher pesakit,jin pengganggu mula menjerit tapi masih juga belum keluar...Dan langkah terakhir saya memicit jari kaki pesakit sambil mengarahkan jin keluar. Akhirnya, jin tersebut mengaku kalah dan ingin keluar. Saya terus minta jin tersebut bersumpah agar tidak kembali kepada pesakit.

Sebelum pulang,saya terus menasihati pesakit istiqomah mengamalkan ayat-ayat pendinding diri dan mengamalkan minum perahan limau dan mandian limau purut yang telah diruqyah. Rawatan tamat....