TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH, URUT, BEKAM SUNNAH. KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

27 Jun 2011

ILMU PUKAU (PENGHALANG PENGLIHATAN)

Ilmu pukau adalah untuk membuat orang yang sedang tidur, akan tidur semakin nyenyak sehingga tidak disedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Manakala apabila terkena pada orang yang sedar, boleh berdialog dengannya tetapi dikuasai minda orang itu sehingga boleh menurut apa sahaja kehendak orang yang memukaunya tanpa daya melawan atau berlepas diri daripadanya.

Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al-Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”

BEBERAPA HARI SEBELUM PUKAU RUMAH BERLAKU

1. Terdapat najis, organ dalaman, darah dan bangkai haiwan di hadapan rumah kita. Kambus dengan tanah sambil membaca basmalah dan ayat perlindungan.

2. Tetamu dikenali atau tidak dikenali masuk rumah dan meninggalkan bekas minumannya atau apa –apa barang di dalam rumah kita.

AMALAN HARIAN BENTENG DIRI

Amalkan ayat-ayat berikut setiap hari untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau.

1. Baca doa berikut:







“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)

4. Surah Yunus 81-82

5. Berwudhuk dan baca basmalah atau ayat tawakal sebelum ke luar rumah.
6. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.

7. Jangan benarkan orang merokok di dalam rumah.

Paling penting, pukau tidak akan memberi kesan sekiranya kita ingat Allah. Dekatkan diri lebih pada Allah, merintih dan merayu. Apa-apa pun segalanya dengan izin Allah. Manusia dan makhluk lain tiada kuasa dan daya...

Waalahu a’lam.

11 Jun 2011

PETUA ORANG TUA-TUA

Sekiranya kita dipatuk ular. Penawarnya ada pada sisik terakhir pada hujung ekor ular.

Jika terkena bisa ikan keli. Penawarnya ada pada lendir di badan ikan tersebut.

Jika terkena sengatan kala jengking. Penawarnya ada pada minyak di badan haiwan tersebut. Cara untuk dapatkannya, panaskan haiwan tersebut di dalam kuali.

Jika terkena bisa duri buah kelapa sawit. Penawarnya ada pada minyak buah tersebut.

Terkena bisa ikan sembilang. Penawarnya ada pada otak ikan tersebut.

Jika terkena percikan minyak panas. Untuk tidak meninggalkan bekas pada wajah, penawarnya ada pada minyak masak tersebut apabila sejuk.

Jika sakit pada bahagian lutut. Jangan lupa urut pada bahagian siku. Begitu juga sebaliknya.

10 Jun 2011

BATUK BERDARAH





Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk / penyakit yang dialami.

Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.

Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.

Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.

Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dsb. Segera dapatkan rawatan lanjut.

02 Jun 2011

SAWAN TANGIS








Sawan tangis itu ada dua punca utama, iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus , rasa kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya,ataupun penyakit seperti kembung perut atau selesema.

Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk halus. Islam mengajar kita agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik sahaja dilahirkan.

Sekiranya dilakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.

TANDA-TANDA

-Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku kepada bayi yang menangis akibat gangguan.

- Suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.

-Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

-Kelihatan anak kita menangis dengan suara yang kuat dan diikuti hentakan kaki ke lantai.

-Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

-Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

KAEDAH RAWATAN

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, antaranya ialah:

1. Membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak 3x.

2. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, laungkan azan di telinga sebanyak 7x.

3. Bacakan Yassin ayat 9 sebanyak 3x pada tapak tangan dan sapu pada muka anak terutama bahagian mata.