TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH, URUT, BEKAM SUNNAH. KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

14 Oktober 2010

DIALOG DENGAN JIN ASYIK


Petang semalam saya didatangi rombongan pesakit dari Daerah Semporna yang mengadu sakit pada bahagian perut dan sering bermimpi dipatuk ular dan melihat budak kecil . Pesakit yang juga seorang guru sering sendawa.
Pesakit pengsan sebaik tiba di rumah saya. Panik juga dibuatnya. Saya membaca selawat tafrijiah diubun-ubun dan menepuk2 bahu pesakit untuk menyedarkannya. Alhamdulillah pesakit mula sedar.
Saya memberi minum air madu yang dibacakan rukyah dan memulakan bacaan terapi rukyah. Saya mulakan dengan bacaan istighfar, al fatihah,selawat,bismillah 5, al-Baqarah 137. Pesakit terus kerasukan dan muntah dengan banyaknya. Nasib baik da sediakan bekas untuk muntah.
Saya terus membaca rukyah sehingga ayat 115 surah al Mukminun. Jin pengganggu terus berteriak meminta supaya saya memberhentikan bacaan.
Saya memulakan sesi dialog dengan bertanya beberapa pertanyaan.
Antaranya;
Saya : Kamu datang dari mana?
Jin : Jin senyap saja.
Saya : Kamu islam atau kafir?
Jin : Islam
Saya : Kenapa kamu masuk ke dalam tubuh manusia ini?
Jin : Sebab saya minat dan sayang suaminya. Kelihatan si suami amat terperanjat.
Saya : Kamu tahu tak agama islam mengharamkan jin menceroboh masuk ke dalam badan manusia. Bertaubatlah kepada Allah dan baliklah kepada ajaran islam yang sebenar.
Saya : Ada berapa ekor jin dalam badan manusia ini?
Jin : Senyap tak jawab
Saya : Kamu ingin buat perjanjian sebelum keluar atau tidak?
Jin : iya, saya nak keluar dan buat perjanjian.
Saya : Melalui bahagian mana kamu nak keluar?
Jin : Kakinya.... Assalamu'alaikum
Saya terus membaca perjanjian dengan diikuti oleh jin tersebut. Selepas mengikat sumpah perjanjian agar tidak lagi kembali ke dalam jasad pesakit dan juga ke dalam mana-mana jasad muslim yang lain. Jin itu pun terus keluar.
Segala kepujian dan kelebihan itu hanyalah bagi Allah taala. Syukur ke hadrat ilahi, kerana mempermudahkan urusan merawat pada kali ini.

Rawatan tamat.

12 Oktober 2010

TIPS IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata..
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata..
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

03 Oktober 2010

AMALAN SEBELUM TIDUR

Untuk Mengelakkan dari sebarang kemudaratan, gangguan makhlus halus atau sebarang mimpi buruk. CARA PALING RINGAN agar tidur kita menjadi satu ibadah.

1.Ambillah wuduk
2.Membaca al-fatihah
3.Ayatul Qursi
4.Ayat Muawwizat (3 KUL)
AL-IKHLAS
AL-FALAK
AN-NAS


dan Bacalah doa tidur.

Caranya adalah membaca kesemua ayat di atas lalu ditiupkan pada telapak tangan kemudian sapulah dari atas kepala , muka sehingga dihujung jari kaki.
Amalkan dalam seharian hidup kita, Mudah mudahan dilindungi oleh ALLAH S.W.T dari berlaku perkara yang tidak baik.Amin...Amin..Amin.. YA RABBAL A'LAMIN

Sebelum Tidur Membaca Doa :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Artinya :Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Artinya :Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit


Berdasarkan hadis nabi.