TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH, URUT, BEKAM SUNNAH. KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

03 Disember 2012

SAKIT BAHAGIAN LENGAN TANGAN





Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum WHT

Sedikit pengalaman ingin dikongsi bersama. Seorang pesakit lelaki datang berubat mengadu sakit bahagian lengan tangan. Tangan kanan terasa amat sakit, terasa panas dan tak mampu mengangkat objek ringan. Beliau membayangkan adanya gangguan makhluk halus pada tangannya.

Setelah sesi scanning tak menunjukkan kehadiran makhluk pengganggu pada tubuh pesakit, sy terus melakukan urutan pada seluruh tubuh pesakit. Sy menemui masalah urat saraf pada bahagian belakang pesakit. Dengan izin Allah taala, pesakit sembuh seperti sedia kala. Rupa-rupanya, sakit pada bahagian lengan pesakit selama ini adalah berpunca pada masalah urat pada bahagian belakang pesakit.




18 Ogos 2012

DI SIHIR BOMOH SIAM














Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum WHT

Baru-baru ini, saya merawat seorang pesakit lelaki yang disihir bomoh siam. Pesakit berasal dari Kelantan dan telah lama menetap di Sabah. Pesakit telah diganggu emosi dan menderita sakit fizikal hampir sepuluh tahun. Bahagian dada dan belakang nampak lebam, dan beliau merasakan seolah-olah dadanya macam ditusuk tembus dari depan ke belakang. Bahagian tapak kaki terasa panas seolah-olah berpijak di atas bara api. Paha kebas dan amat sakit sehingga tak dapat berdiri. Kepala sakit macam nak pecah. Kesihan juga melihat keadaan pesakit ini. Menurut pesakit, beliau dah berubat di merata tempat tetapi hanya dapat meredakan penyakitnya buat sementara waktu sahaja.

Seperti biasa , saya meminta pesakit mengambil wudhuk dan duduk berlunjur di atas tikar sejadah.
Saya mengajukan beberapa pertanyaan dan soal selidik tentang punca gangguan. Setelah itu, saya menyediakan segelas air minuman yang dicampur sesudu madu yang telah dibacakan ayat-ayat al-Quran.

Pada kali ini, saya memulakan rawatan dengan meletakkan sabun garam bukit pada kaki pesakit sambil membaca ayat-ayat Al Quran ( ayat-ayat azab). Kelihatan pesakit menahan kesakitan pada bahagian kaki dan dada. Kaki dan tangan pula terketar-ketar menunjukkan adanya makhluk jin di dalam tubuh pesakit. Saya lanjutkan dengan membaca ayat-ayat ruqyah syariah pada telinga pesakit sambil memegang ubun-ubunnya.

Saya menekan beberapa point pada tubuh pesakit sambil membaca ayat-ayat azab. Pesakit meronta-ronta menahan kesakitan dan cuba mengelak sentuhan jari saya pada tempat-tempat tertentu.


Syukur Alhamdulillah,beberapa minit kemudian, pesakit berasa sihat dan rasa sakit dan panas tadi serta merta hilang. Segala kepujian dan kelebihan itu hanyalah bagi Allah taala. Syukur ke hadrat ilahi, kerana mempermudahkan urusan rawatan pada hari tersebut.

Sebagai ikhtiar perlindungan diri daripada gangguan makhluk halus, Nabi SAW ada berpesan, barangsiapa mengamalkan 11 ayat di dalam Surah Al Baqarah, nescaya Allah taala akan melindungi dirinya, ahli keluarganya dan harta bendanya daripada sebarang kemudaratan serta aniaya makhluk jahat. Ayat-ayat tersebut ialah ayat 1 hingga 5, 255,256,257,284,285,286. Amalkan ayat tersebut selepas solat, dibaca pada air untuk minuman dan mandian. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah kerana sentiasa mengingatiNya.

26 April 2012

GAMBAR RAWATAN DI MASJID ANJUNG TEDUH FELDA


Bismillahirahmanirrahim. Baru-baru ini, pihak kami ada mengadakan Kursus Rawatan Islam di Anjung Teduh Felda Sahabat 2, anjuran Masjid Anjung Teduh. Belum lagi selesai kursus,seorang peserta berasa gelisah, pening kepala dan meminta saya merawat beliau.




Sesi scanning menunjukkan kehadiran makhluk tak di undang di dalam tubuh pesakit. Terus saya meminta Ust Ahmad Fathoni membaca rukyah pada ubun-ubun pesakit dan meminta perawat lain menepuk-nepuk belakang pesakit.



Saya menggunakan teknik tarik dan cuba mengeluarkan jin daripada kaki pesakit. Syukur Alhamdulillah, jin dapat dikeluarkan dan pesakit berasa tenang dan ringan badan.

07 Februari 2012

PERMUSUHAN IBLIS KEPADA MANUSIA

Permusuhan iblis kepada manusia tidak berhenti dengan sikap takburnya, tetapi dilanjutkannya dengan permusuhan yang berkekalan sehingga Hari Kiamat. Setelah enggan sujud kepada manusia, iblis bertekad:


Iblis berkata: “Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (Hari Kiamat).”

[al-A’raaf 7:14]


Dalam tempoh tersebut, iblis secara khusus dan syaitan secara umum, berjanji akan bertungkus lumus mengganggu manusia dengan objektif utamanya:



Agar manusia menjadi sesat:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


(Iblis berkata): Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya (manusia), kecuali sedikit (di antaranya).

[al-Isra’ 17:62]




Agar manusia menjadi kafir:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


(Demikian) itu samalah seperti (sikap) syaitan ketika ia berkata kepada manusia: “Berlaku kufurlah engkau!”

[al-Hasyr 59:16]




Agar manusia syirik kepada Allah:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berkhutbah:


Ketahuilah! Sesungguhnya Tuhanku menyuruhku untuk mengajar kalian apa yang kalian tidak tahu dan Allah telah mengajarku pada hari ini, iaitu setiap harta yang Aku (Allah) berikan kepada seseorang hamba adalah halal dan sesungguhnya Aku mencipta hamba-hamba-Ku semuanya dalam keadaan (fitrah yang) cenderung kepada agama yang lurus (Islam). Akan tetapi syaitan-syaitan mendatangi mereka dan memalingkan mereka dari agama mereka (Islam) dan mengharamkan ke atas mereka apa yang Aku halalkan bagi mereka. Dan syaitan-syaitan itu menyuruh mereka mempersekutukan Aku dengan apa yang tidak Aku berikan keizinan kepada mereka.[2]



Agar manusia memasuki neraka:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah ia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

[Fatir 35:06]



Dalam ayat keenam surah Fatir di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menjelaskan bahawa syaitan adalah musuh kita dan dengan itu Allah memerintahkan kita untuk menjadikannya sebagai musuh juga.

Dipetik daripada catatan Ust Hafiz Firdaus Abdullah

26 Januari 2012

Mengapakah iblis enggan sujud?


Mengapakah iblis enggan sujud? Dalam ayat 34 surah al-Baqarah  Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa sebab iblis enggan sujud ialah takbur. Apakah yang dimaksudkan dengan sikap takbur? Allah menjelaskannya dalam beberapa ayat lain. Saudara sekalian hendaklah memberi perhatian kepada penjelasan ini kerana mungkin sebahagian darinya ada pada diri kita sendiri tanpa disedari.


Takbur ialah sikap ujub.

Ujub ialah sikap yang merasa diri sendiri lebih hebat, lebih canggih dan lebih baik dari yang selainnya. Sikap inilah yang dimiliki oleh iblis sebagaimana ayat berikut:


Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”

[al-A’raaf 7:12]




Takbur ialah sikap menghina orang lain.

Salah satu maksud takbur yang ada pada iblis ialah sikap menghina, sebagaimana dia menghina bahan-bahan yang menjadi asas penciptaan manusia:

Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?” Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”

[al-Hijr 15:33]


Takbur ialah mengunggulkan akal (logik) di atas perintah Allah.

Apabila diperintah untuk sujud kepada manusia, semua penghuni langit sujud kecuali iblis. Oleh kerana sikap takbur yang ada pada dirinya, ia merasakan tidak perlu segera taat kepada perintah Allah. Sebaliknya hendaklah dinilai terlebih dahulu adakah perintah tersebut logik atau tidak.

Setelah dinilai, iblis mendapati perintah tersebut adalah tidak logik kerana api dan tanah tidak berada pada kedudukan yang sama. Antara keduanya, tentu api lebih mulia dari tanah. Justeru takkanlah sesuatu yang dicipta dari api perlu sujud kepada sesuatu yang dicipta dari tanah?



Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata: “Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah?”

[al-Isra’ 17:61]



Takbur ialah mempersoal perintah larangan Allah.

Setelah menilai bahawa perintah sujud kepada manusia adalah tidak logik, iblis bukan sahaja enggan sujud tetapi memberanikan diri menyoal Allah akan perintah-Nya! Perhatikan sikap iblis ini yang Allah ungkapkan dalam al-Qur’an:

Iblis berkata lagi (kepada Allah): “Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku?”

[al-Isra’ 17:62]

Demikian empat sikap takbur yang dimiliki oleh iblis yang menyebabkan ia dihalau keluar dari langit:

Allah berfirman: “Turunlah engkau dari (langit) ini, kerana tidak patut engkau berlaku takbur di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.”

[al-A’raaf 7:13]



Hendaklah kita sentiasa berwaspada terhadap empat sikap takbur yang dimiliki oleh iblis, iaitu ujub, menghina, mengunggulkan logik atas wahyu dan mempersoalkan wahyu. Allah Subhanahu wa Ta'ala menjelaskan sikap-sikap tersebut tidak lain agar kita mengambil iktibar darinya dan menghindari diri daripada bersikap dengannya. Hendaklah kita memiliki sikap rendah diri, memuliakan orang lain, tunduk kepada wahyu (al-Qur’an dan al-Sunnah) serta tidak mempersoalkannya.
 

Dipetik daripada catatan Ust Hafiz Firdaus Abdullah

21 Disember 2011

Rawatan ketika disengat kala jengking

Ali Bin Abi Thalib r.a. pernah menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah disengat kala jengking, kemudian baginda mengambil air garam. Lalu baginda membaca surah al – Falaq dan surah an-Nas dan disapukan pada anggota badan yang disengat kala jengking tadi. 

05 Disember 2011

DOA NABI AYUB AS KETIKA MENDERITA SAKIT KRONIK

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.





 

83. dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja Yang lebih Mengasihani daripada Segala (yang lain) Yang Mengasihani".


Al Anbiya'

Ayat ini merupakan doa nabi Ayub as ketika menderita sakit sekian lama. Rahsia doa ini adalah dengan pujian kepada Allah, Nabi Ayub as sembuh daripada penyakit kronik yang dideritainya. Bacalah dengan penuh harap, keyakinan yang tinggi, bahawa Allah sajalah yang dapat menyembuhkan penyakit kita.