TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH, URUT, BEKAM SUNNAH. KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

18 November 2011

AYAT AMALAN KETIKA MENGURUT

Bismillahirrahmanirrahim..



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum WHT. Saudara pembaca yang budiman. Biasanya sebelum mengurut tubuh badan pesakit, saya membaca ayat seperti di bawah. Sebelum itu, mulakan dengan membaca surah Al Fatehah, selawat tafrijiah dan berdoa kepada Allah taala agar direzekikan kesembuhan kepada pesakit.







Sebagai tambahan, tok guru saya ada berpesan, jangan lupa minta keizinan kepada roh yang berada di tubuh pesakit sebelum melakukan urutan. Kemudian baca ayat di atas pada tapak tangan dan tiup sehalus jarum. Barulah mula lakuan urutan mengikut kepakaran dan teknik yang dipelajari. Semoga bermanfaat kepada kita semua.

17 November 2011

Panduan Urut Tradisional Melayu Dan Urut Batin

 









Panduan Asas Urut Tradisional Melayu Dan Urut Batin – Rahsia urut, Teknik dan Praktikal
Lengkap bersama 3 Video DVD

Rakaman ini dibuat semasa kursus urut tradisional melayu yang pihak kami jalankan baru-baru ini. Tenaga pengajar (Pak Sarif) merupakan orang yang berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang urutan dan ada menggabungkan teknik urutan yang beliau pelajari dari Indonesia dan Filipina.

Ramai pesakit menunjukkan kesembuhan dengan izin Allah setelah diurut dengan teknik urutan ini, terutamanya lumpuh dan masalah mati pucuk. Semoga teknik urutan yang dikongsi bersama ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Walaubagaimanapun, pihak kami memohon kemaafan atas masalah audio yang kurang memuaskan dan gangguan bunyi semasa rakaman dijalankan.

Anda boleh mendapatkan set DVD ini dengan HARGA RM 50.00 dan anda akan memperolehi 3 Video DVD.

Jika berminat, bolehlah sms atau tel ke 0198026080 ( ZULKIFLE )

01 November 2011

KENANGAN KURSUS PERUBATAN ISLAM DI LAHAD DATU SABAH


Tahniah, kepada semua peserta kursus. Semoga ilmu yang dikongsi bersama memberi manfaat kepada kita semua. Antara teknik dan kaedah mengesan gangguan jin yang dikongsi pada kali ini adalah:




Kaedah mengesan gangguan jin menggunakan teknik tapak tangan 




Kaedah dan teknik mengesan gangguan jin dari kaki pesakit 




Kelihatan para peserta penuh tumpuan menggunakan teknik dan kaedah mengesan gangguan jin yang baru dipelajari.





Sesi praktikal merawat pesakit gangguan jin saka yang telah menderita sakit sekian lama. Pesakit bertindak agresif dan cuba menyerang perawat. Syukur Alhamdulillah, rawatan pada petang itu dipermudahkan Allah taala.




 Syabas dan tahniah kepada para peserta kerana berjaya menamatkan kursus pada kali ini. Semoga berjumpa dalam kursus pada masa akan datang.