TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH DAN PEMAKANAN QURANI FOOD.
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

18 Ogos 2012

DI SIHIR BOMOH SIAM














Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum WHT

Baru-baru ini, saya merawat seorang pesakit lelaki yang disihir bomoh siam. Pesakit berasal dari Kelantan dan telah lama menetap di Sabah. Pesakit telah diganggu emosi dan menderita sakit fizikal hampir sepuluh tahun. Bahagian dada dan belakang nampak lebam, dan beliau merasakan seolah-olah dadanya macam ditusuk tembus dari depan ke belakang. Bahagian tapak kaki terasa panas seolah-olah berpijak di atas bara api. Paha kebas dan amat sakit sehingga tak dapat berdiri. Kepala sakit macam nak pecah. Kesihan juga melihat keadaan pesakit ini. Menurut pesakit, beliau dah berubat di merata tempat tetapi hanya dapat meredakan penyakitnya buat sementara waktu sahaja.

Seperti biasa , saya meminta pesakit mengambil wudhuk dan duduk berlunjur di atas tikar sejadah.
Saya mengajukan beberapa pertanyaan dan soal selidik tentang punca gangguan. Setelah itu, saya menyediakan segelas air minuman yang dicampur sesudu madu yang telah dibacakan ayat-ayat al-Quran.

Pada kali ini, saya memulakan rawatan dengan meletakkan sabun garam bukit pada kaki pesakit sambil membaca ayat-ayat Al Quran ( ayat-ayat azab). Kelihatan pesakit menahan kesakitan pada bahagian kaki dan dada. Kaki dan tangan pula terketar-ketar menunjukkan adanya makhluk jin di dalam tubuh pesakit. Saya lanjutkan dengan membaca ayat-ayat ruqyah syariah pada telinga pesakit sambil memegang ubun-ubunnya.

Saya menekan beberapa point pada tubuh pesakit sambil membaca ayat-ayat azab. Pesakit meronta-ronta menahan kesakitan dan cuba mengelak sentuhan jari saya pada tempat-tempat tertentu.


Syukur Alhamdulillah,beberapa minit kemudian, pesakit berasa sihat dan rasa sakit dan panas tadi serta merta hilang. Segala kepujian dan kelebihan itu hanyalah bagi Allah taala. Syukur ke hadrat ilahi, kerana mempermudahkan urusan rawatan pada hari tersebut.

Sebagai ikhtiar perlindungan diri daripada gangguan makhluk halus, Nabi SAW ada berpesan, barangsiapa mengamalkan 11 ayat di dalam Surah Al Baqarah, nescaya Allah taala akan melindungi dirinya, ahli keluarganya dan harta bendanya daripada sebarang kemudaratan serta aniaya makhluk jahat. Ayat-ayat tersebut ialah ayat 1 hingga 5, 255,256,257,284,285,286. Amalkan ayat tersebut selepas solat, dibaca pada air untuk minuman dan mandian. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah kerana sentiasa mengingatiNya.

1 ulasan: