TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH DAN PEMAKANAN QURANI FOOD.
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

09 Jun 2010

MERAWAT PESAKIT DISIHIR

Pada minggu lepas, saya mendapat panggilan telefon daripada seorang guru lelaki iaitu saudara saya sendiri, mengatakan yang beliau disihir. Saya meminta beliau datang berubat ke tempat saya. Beliau tiba pada sebelah petang keesokkan harinya. Sedih hati melihat keadaan pesakit ni kerana beliau mengalami sakit perut yang berpanjangan. Terasa macam ada benda yang membakar dalam perutnya. Beliau juga sering bermimpi melihat orang meninggal dunia dan dicekik orang tua.

Tiba di tempat saya, saya meminta beliau duduk berlunjur untuk melakukan scanning pada bahagian kaki. Kaki pesakit menggeletar kuat apabila saya memegang dan membaca ruqyah pembakar jin. Memang sah, ada jin berada dalam badan pesakit ini.

Tanpa membuang masa, saya beralih ke kepala pesakit dan membaca ruqyah di telinga pesakit. Tiada reaksi agresif daripada pesakit, cuba beliau tertidur semasa ruqyah dibacakan.
Saya membaca selawat tafrijiah berulang-ulang kali untuk mengejutkannya. Saya bercadang untuk menamatkan rawatan memandangkan ada pesakit lain sedang menunggu giliran.

Saya membekalkan beliau dengan air yang telah diruqyah dan mengamalkan minum dan mandi air limau selama tujuh hari berturut-turut. Saya meminta beliau bersabar kerana sakit dan musibah yang Allah s.w.t turunkan kepadanya itu merupakan tanda kasih sayangNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan