TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH DAN PEMAKANAN QURANI FOOD.
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

16 Ogos 2010

TANDA-TANDA TERKENA SANTAU

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Batuk ini berlainan daripada batuk biasa. Ia lebih merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak.

Santau yang kuat boleh menyebabkan mangsanya muntah darah sebaik-baik sahaja dia termakan santau atau beberapa jam selepas itu. Ini bergantung kepada bahan campuran yang disediakan. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ke satu tahap yang serius, mangsa santau tadi akan muntah mengeluarkan darah yang kadang-kadang bercampur nanah. Pesakit kadang-kadang berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan. Ketika ini pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut.

Menurut kebanyakan perawat yang berpengalaman merawat pesakit santau, bahan-bahan santau bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Bahan-bahan ini akan terus bergerak sedikit demi sedikit hingga ke hujung kaki dan tangan. Oleh sebab itu kuku seseorang yang terkena santau akan berwarna hitam kebiru-biruan. Ini menunjukkan penyakit yang dideritainya itu telah tiba ke tahap yang teruk. Bahan-bahan santau telah tiba ke hujung jari kaki dan tangan. Ketika itu pesakit selalu berasa kebas di hujung-hujung jari tangan dan kaki.

Menurut Para perawat sakit santau, bahan-bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang dan lain- lain lagi. Serangan pada bahagian ini boleh menyebabkan lelah, sakit pinggang dan yang sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan