TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH, URUT, BEKAM SUNNAH. KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

14 Oktober 2010

DIALOG DENGAN JIN ASYIK


Petang semalam saya didatangi rombongan pesakit dari Daerah Semporna yang mengadu sakit pada bahagian perut dan sering bermimpi dipatuk ular dan melihat budak kecil . Pesakit yang juga seorang guru sering sendawa.
Pesakit pengsan sebaik tiba di rumah saya. Panik juga dibuatnya. Saya membaca selawat tafrijiah diubun-ubun dan menepuk2 bahu pesakit untuk menyedarkannya. Alhamdulillah pesakit mula sedar.
Saya memberi minum air madu yang dibacakan rukyah dan memulakan bacaan terapi rukyah. Saya mulakan dengan bacaan istighfar, al fatihah,selawat,bismillah 5, al-Baqarah 137. Pesakit terus kerasukan dan muntah dengan banyaknya. Nasib baik da sediakan bekas untuk muntah.
Saya terus membaca rukyah sehingga ayat 115 surah al Mukminun. Jin pengganggu terus berteriak meminta supaya saya memberhentikan bacaan.
Saya memulakan sesi dialog dengan bertanya beberapa pertanyaan.
Antaranya;
Saya : Kamu datang dari mana?
Jin : Jin senyap saja.
Saya : Kamu islam atau kafir?
Jin : Islam
Saya : Kenapa kamu masuk ke dalam tubuh manusia ini?
Jin : Sebab saya minat dan sayang suaminya. Kelihatan si suami amat terperanjat.
Saya : Kamu tahu tak agama islam mengharamkan jin menceroboh masuk ke dalam badan manusia. Bertaubatlah kepada Allah dan baliklah kepada ajaran islam yang sebenar.
Saya : Ada berapa ekor jin dalam badan manusia ini?
Jin : Senyap tak jawab
Saya : Kamu ingin buat perjanjian sebelum keluar atau tidak?
Jin : iya, saya nak keluar dan buat perjanjian.
Saya : Melalui bahagian mana kamu nak keluar?
Jin : Kakinya.... Assalamu'alaikum
Saya terus membaca perjanjian dengan diikuti oleh jin tersebut. Selepas mengikat sumpah perjanjian agar tidak lagi kembali ke dalam jasad pesakit dan juga ke dalam mana-mana jasad muslim yang lain. Jin itu pun terus keluar.
Segala kepujian dan kelebihan itu hanyalah bagi Allah taala. Syukur ke hadrat ilahi, kerana mempermudahkan urusan merawat pada kali ini.

Rawatan tamat.

1 ulasan:

  1. terima kasih banyak sudah berbagi,.
    moga sukses selalu.
    jika ingin tau profil saya silahkan kunjungi..
    click this

    BalasPadam