TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH DAN PEMAKANAN QURANI FOOD.
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

14 September 2010

SIMPTOM SIHIR PEMISAH RUMAH TANGGA

-Sering melihat wajah suami/isteri dalam keadaan yang buruk,sakit kepala ketika melihat pasangan atau datang perasaan benci bila bertemu tetapi bila berjauhan datang rindu.

-Sering bermimpi melihat binatang atau berada ditempat tinggi.

-Sakit pinggang,dada dan kepala pada waktu asar ke atas.

-Lemah tenaga batin dan tidak bernafsu tetapi fizikalnya sihat.

-Sering bertengkar pada waktu petang ke atas kerana hal yang remeh-temeh.

-Sakit dibahagian ari-ari.

-Sikap berubah dengan mendadak.

-Panas baran.

Jika anda suami isteri yang mempunyai kebanyakan simptom-simtpom diatas,maka sahlah anda terkena sihir pemisah rumahtangga dimana tujuan utama sihir ini adalah supaya anda bercerai-berai..

Kaedah rawatannya ialah sediakan 4 botol besar air mineral dan buka penutupnya.Orang yang sihat/waris terdekat pada mangsa sila bacakan al fatehah 1x,al baqarah 102 3x,al a`raf 117-122 3x,yunus 81-82 3x,thaha 69 3x dan 3 qul 1x.Tiup 10 saat pada air tersebut,pesakit suami isteri itu perlu minum secawan air tadi pada waktu asar dan malam sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut.InsyaAllah sembuh..

07 September 2010

RAWATAN SAKA

Saka bukanlah satu penyakit yang sukar untuk dirawat. Mentaliti sebegini menyebabkan kesembuhan jadi sukar kerana sangkaan yang salah telah tertanam di dalam minda sebegitu lama. Sangkaan suatu penyakit itu sukar sembuh,jin tu kuat, tempat itu keras adalah sikap minda yang salah dan akan diterjemahkan benar-benar terjadi dalam kenyataan.

Oleh itu persepsi kita terhadap sesuatu penyakit adakalanya perlu diubah terlebih dahulu untuk memudahkan kesembuhan.Tidak ada yang sukar jika Allah menghendaki.Semua penyakit sembuh hanya dengan keizinan Allah dan kesusahan kita di dunia menanggung sakit,mencari pusat rawatan yang kadang-kadang sehingga mencapai tempoh setahun atau lebih diharapkan menjadi kafarah dosa dan amat kecil jika dibandingkan dengan kesusahan dan azab akhirat.

Perlu istiqomah dengan rawatan dan kesembuhan sepenuhnya bukanlah perkara mustahil.

Kaedah Rawatan Saka

Peringkat awal - ruqyah,mandi ais,bekam,zikir pedinding diri berterusan walaupun telah sembuh.

Saka kronik/lama - ruqyah,mandi ais,mandi ais intensif (kekerapan bergantung kepada kes),kerap berbekam,baca amalan pemutus saka,minum madu,baca quran satu juzuk sehari,kurma,minyak habbatussawda,minyak zaitun,rotan(kalau perlu),zikir pedinding diri berterusan,banyakkan amalan sunnah dan dakwah,sedekah ,nazar yang baik,jihad fi sabilillah
-semua amalan ini bergantung kepada kemampuan dan kesungguhan pesakit untuk sembuh.

Saka kronik/lama kadang-kadang mengakibatkan : kanser,batu karang,kencing manis,kudis yang sukar sembuh walaupun disapu ubat krim ,tanda merah pada kulit/betis,pening yang kuat dan lain-lain lagi

19 Ogos 2010

LAGI TENTANG KELEBIHAN BEKAM SUNNAH



AMALAN MELAKUKAN BEKAM SUNNAH SEBULAN SEKALI DAPAT MENURUNKAN KADAR TEKANAN DARAH TINGGI,KADAR KANDUNGAN GULA DAN TOKSID PADA DARAH MANUSIA.

18 Ogos 2010

KEADAAN DIMANA JIN BERUPAYA MEMASUKI JASAD MANUSIA

1) Dalam keadaan terlalu marah.

2) Dalam keadaan terlalu sedih.

3) Dalam keadaan terlalu kuat termenung.

4) Dalam keadaan terlalu takut.

5) Dalam keadaan terlalu berani.

6) Dalam keadaan terlalu lalai beribadat.

16 Ogos 2010

TANDA-TANDA TERKENA SANTAU

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Batuk ini berlainan daripada batuk biasa. Ia lebih merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak.

Santau yang kuat boleh menyebabkan mangsanya muntah darah sebaik-baik sahaja dia termakan santau atau beberapa jam selepas itu. Ini bergantung kepada bahan campuran yang disediakan. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ke satu tahap yang serius, mangsa santau tadi akan muntah mengeluarkan darah yang kadang-kadang bercampur nanah. Pesakit kadang-kadang berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan. Ketika ini pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut.

Menurut kebanyakan perawat yang berpengalaman merawat pesakit santau, bahan-bahan santau bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Bahan-bahan ini akan terus bergerak sedikit demi sedikit hingga ke hujung kaki dan tangan. Oleh sebab itu kuku seseorang yang terkena santau akan berwarna hitam kebiru-biruan. Ini menunjukkan penyakit yang dideritainya itu telah tiba ke tahap yang teruk. Bahan-bahan santau telah tiba ke hujung jari kaki dan tangan. Ketika itu pesakit selalu berasa kebas di hujung-hujung jari tangan dan kaki.

Menurut Para perawat sakit santau, bahan-bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang dan lain- lain lagi. Serangan pada bahagian ini boleh menyebabkan lelah, sakit pinggang dan yang sebagainya.

15 Ogos 2010

SANTAU DAN RACUN

Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak begitu pasti untuk membuat perbezaan. Ramai yang berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan untuk membuat santau dan racun itu adalah sama. Begitu juga kaedah rawatannya adalah sama.

Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dibuat panduan bagi menentukan seseorang itu terkena santau atau racun. Kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta merta seperti muntah darah. Tetapi mangsa santau mengambil masa yang panjang menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nanas. Ini kerana mangsa santau amat sensitif pada limau nipis dan nanas

13 Ogos 2010

Gangguan Jin dan Sihir

Al-Quran memperakui adanya jin-jin. Termasuk dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam. Gangguan jin-jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yg tidak dapat kita nafikan. Allah s.w.t menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus. Kerana itu, mereka berupaya menyakiti manusia dengan memasuki ke dalam badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan di dalam berbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya. Tetapi Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.

Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasullullah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila jin-jin ini memasuki ke dalam badan manusia, ia selalunya berada di dalam otak dan di tulang belakang berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu menghidap sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka terganggu, dan kadang-kala "anxiety level" mereka sangat tinggi. Bila fikiran mereka terganggu ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau "depression". Selain dari itu gangguan kepada urat saraf ini juga mengakibatkan rasa sakit kepada bahagian pinggang, otot-otot, tengkuk, bahu, sendi-sendi, rahim, perut dan kadang kala mengganggu sistem pernafasan seseorang itu.

Berapa banyak jin berada di dalam badan pesakit terpulang kepada komplikasi dan jenis-jenis sihir yang ditujukan kepada pesakit. Saya pernah berjumpa dengan pesakit yang mempunyai lebih dari 100 jin dalam badan pesakit. Lebih banyak jin di dalam badan pesakit, maka lebih banyak komplikasi atau rasa sakit yang dirasai oleh pesakit itu. Kebanyakkan pesakit yang sakit gangguan sihir mempunyai 5 hingga 20 jin dalam badan mereka. Makin lama jin itu berada di dalam badan pesakit, mereka boleh beranak pinak dan jumlah dan bilangan akan bertambah.