TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH, URUT, BEKAM SUNNAH. KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

08 Januari 2011

KELEBIHAN AYAT KURSI


Assalamualaikum WMT, salam hormat kepada semua pembaca yang saya hormati.

Terpanggil saya hari ini untuk berkongsi kelebihan mengamalkan ayat Kursi dalam kehidupan kita.

Ayat kursi diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga gempar kerana adanya satu ancaman dalam perjuangan mereka.

Daripada Anas bin Malik r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescara Allah akan menjaganya daripada kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat dia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.

Berrkata Anas bin malik, Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari ? Sabda Rasulullah SAW, tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.

Oleh itu saudaraku, kita hendaklah sentiasa mengamalkan membaca ayat kursi ini seperti yang dianjurkan oleh nabi kita. Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri, terutama untuk menangkis gangguan syaitan dan iblis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan