TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH, URUT, BEKAM SUNNAH. KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

16 Januari 2011

TERAPI REFLEKSI TAPAK TANGAN


Masalah saraf dapat diketahui dengan mudah melalui telapak tangan kita. Ini kerana pada telapak tangan kita terdapat banyak jaringan saraf yang melibatkan organ penting iaitu organ otak dan organ jantung.

Jika ingin mengetahui kesihatan tubuh kita secara keseluruhan, maka picitlah setiap kuku jari tangan anda kemudian lepaskan. Perhatikan warna kuku sejurus dilepaskan. Jika kuku menjadi segera kemerahan setelah ditekan, bererti peredaran darah anda adalah baik, dan organ dalaman yang berkaitan juga baik.

Tetapi apabila kuku tersebut tidak segera memerah setelah ditekan, bererti peredaran darah tidak lancar, dan ada organ dalaman kita yang kurang sihat.

Untuk terapi rawatan mudah, kita bolehlah mengurut atau memicit setiap titik yang ada di bawah tiap-tiap kuku ( berhampiran pangkal kuku) setiap hari selama 10 minit. Mudah- mudahan Allah taala merezekikan kesihatan kepada kita semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan