TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH, URUT, BEKAM SUNNAH. KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

09 Januari 2011

RAHSIA MENGEKALKAN AIR SEMBAHYANG


Sentiasa dalam keadaan berwudhuk adalah sunnah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba tubuh dan persekitarannya agar tidak dapat diselubungi oleh aura negatif.
Air sembahyang sebenarnya mengandungi rahsia hebat untuk tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Ia dapat memelihara semua deria kita dan merupakan rahsia keimanan yang melahirkan insan yang ikhlas, syukur, sabar dan tenang.
Apakah hikmah berwudhuk daripada sudut perubatan? Menurut Dr. Magomedov, pembantu kepada Lembaga Hygiene and Ecology di Daghestan State Medical Academy, wudhuk dapat merangsang aura tubuh secara semulajadi sama seperti cucukan jarum pada titik- titik aktif biologi refleksiologi Cina.
Dalam pengubatan moden, perkara ini dikenali sebagai hidromassage atau urutan dengan menggunakan air sebagai media penyembuhan. Contohnya, mengurut dengan air ketika membasuh muka dapat memberi kesan positif pada usus, ginjal dan sistem saraf.
Itulah rahsia mengapa Rasulullah SAW memerintahkan kita agar mengekalkan air wudhuk kerana ia akan menguatkan jantung, melancarkan peredaran darah dan seterusnya memberikan ketenangan serta jauh daripada penyakit kemurungan dan kegelisahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan