TERAPI RUQYAH SYARIYYAH


PUSAT RAWATAN ISLAM SRI HAK TUNGKU LAHAD DATU MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH, URUT, BEKAM SUNNAH. KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH TAALA

26 April 2011

JIKA SEKIRANYA ANDA SAKIT GANGGUAN JIN..








Perkara-perkara yang perlu kerap dilakukan:

1. Solat Berjamaah. Jika di rumah, minta suami atau anak laungkan azan.

2. Solat Taubat dan sambil meletakkan tapak tangan kanan di sebelah dada kiri kita (Jantung) baca Surah al Insyirah.... 3 -7 kali (semoga Allah berikan ketenangan).
3. Solat Hajat, Tahajud, tasbih dan istikharah.
4. Membaca zikir syahadah setiap kali subuh dan maghrib
5. Sentiasa bersangka baik dan bersabar.
6. Teruskan rawatan di pusat rawatan terdekat.

7. Lazimkan mendengar rukyah syariah dan empat surah berikut untuk membasmi pengaruh makhluk halus dalam badan:

-Surah Yaasin
-as Soffat
-ad Dukhaan
-al Jin



Cuba elakkan perkara-perkara berikut:

1. Termenung
2. Duduk bersendirian
3. Duduk di dalam bilik air lama lama
4. Mandi lewat malam (kalau boleh elakkan mandi lepas maghrib)
5. Duduk di luar rumah selepas asar menjelang maghrib
6. Balik lewat malam
7. Mandi tanpa kain basahan
8. Melihat cermin lama lama di waktu malam.


Dan ingatlah saudaraku, bahawa Allah sajalah yang boleh menyembuhkan penyakit kita. Bersabarlah … dan merintihlah kepada Allah, luahkan segala kesulitan kita di hadapan Allah.InsyaAllah, Allah mendengar semua luahan rasa hati kita. Makin hampir kita kepada Allah, maka makin jauhlah syaitan daripada kita. Yang pasti, semua amalan ini menghampirkan diri kita kepada Allah. Selamat beramal dan semoga sembuh seperti biasa.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan